Assalamualaikum~
Harini saya nak share resipi pizza yang super simple super senang tapi super sedap
saya yang first time tengok yis ni pun boleh buat, apatah lagi kalau anda dah biasa meroti kan
Pizza Seafood 
– ini gambar yang saya bakar dalam Magic Pan, yang bakar dalam noxxa tak sempat ambil gambar..tapi guna resipi yang sama =
Pizza in NOXXA 

Sumber daripada Facebook Group Resepi Noxxa – Pressure Cooker & Breadmaker

resipi untuk base pizza
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2/3 cawan air suam
Topping
Sosej ayam/daging ( saya tukar guna seafood – tuna, crabstick dll.)
sos tomato Prego
Sayuran – lada benggala, tomato, cendawan butang
bawang
keju mozzarela 

Cara-cara

Campurkan semua bahan kering dan gaul sebati
Masukkan air, uli sehingga adunan tidak lagi melekat di tangan
Perap selama 30 minit sehingga adunan naik 2 kali ganda
Masukkan adunan yang telah naik ke dalam inner NOXXA
Gunakan spatula untuk ratakan adunan agar elok bentuk bulatnya
Letakkan sos tomato Prego di atas adunan tadi
Susun topping mengikut citarasa anda
Masukkan dalam periuk NOXXA
Tekan butang HP, set masa 5kali
Selepas masa tamat, keluarkan inner dari periuk dan terus tutup dengan tudung periuk
biarkan selama 3 minit agar bahagian atas lebih perang
Selepas 3 minit, keluarkan dengan mengiringkan inner NOXXA dan menggunakan spatula
Siap untuk dihidang!
till then,
selamat mencuba.
Tata!


Inginkan supplements terbaik untuk keluarga dan sahabat tersayang?
Nak dapatkan side income 3-4 angka sebulan hanya dengan bisnes dari Shaklee?


Jom Hubungi Nana untuk :

♥ FREE CONSULTATION ♥
♥ THE BEST BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE ♥


Aina Suraya Aris
Shaklee ID : 913464
ainasuraya.as@gmail.com
012-784 2702 (sms/WhatsApp)
COD Area KAJANG – BANGI – SERDANG – PUTRAJAYA

Nana Aris

Nana Aris

Seorang peguna tegar Shaklee 🙂
Nana Aris

Latest posts by Nana Aris (see all)

cara masak pizza menggunakan noxxa pressure cooker

5 thoughts on “cara masak pizza menggunakan noxxa pressure cooker

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge