Assalamualaikum ~

saya rasa kebanyakan dari kita pasti setuju kalau saya cakap perempuan ni memang hebat kalau kena multitasking. kadang-kadang bukan sebab kita nak buat banyak kerja pun, ada masa disebabkan kekangan masa, nak tak nak kena buat 2 3 kerja sekaligus. contoh macam kat rumah la kan, sambil masak sambil basuh baju, sambil tengok tv pun boleh kemas rumah dan lipat baju. senang kata, jarang lah kita ni buat satu kerja je dalam satu-satu masa.

itu berkenaan kerja rumah kan. dalam mencari duit pun tak kurang juga hebat wanita ni dalam multiitasking. kebanyakan kita sekarang ni mesti ada side income selain daripada kerja tetap di pejabat. 8 sampai 5 bekerja di pejabat, masa selebihnya untuk menguruskan sumber kewangan kedua. macam saya pun, bekerja di pejabat tapi dalam masa yang sama ada bisnes sampingan. kalau betul caranya, tak mustahil kita akan manfaat dari kedua-dua kerja /perniagaan kita.




mungkin ada yang tergerak hati nak memulakan perniagaan sampingan tapi takut tak dapat nak manage kedua-duanya. hari ni saya kongsikan tips bagi meluangkan masa untuk bisnes walaupun sibuk bekerja berdasarkan pengalaman saya sendiri yang dah berniaga online dari tahun 2013.

Rancang awal aktiviti anda

FAIL TO PLAN IS PLANNING TO FAIL. kalau tak ada perancangan, memang kita akan kelam kabut. tak tau nak uruskan mana dulu kan. sediakan JADUAL. tak payah beria-ia, jot down dalam handphone atau kertas dah cukup. bila kita dah rancang hari kita, insya Allah lebih mudah.

Guna sepenuhnya masa rehat di pejabat

bila kita bekerja, cuba untuk hormati masa kerja hakiki kita. jangan kurangkan atau hilangkan keberkatan pendapatan kita dari kerja hakiki dengan mencuri masa di pejabat untuk kerja-kerja business kita. 8 hingga 5 adalah masa bagi kerja hakiki namun kita masih boleh menggunakan waktu rehat kita. contohnya kita boleh rancang untuk buat penghantaran barang-barang ke pejabat pos atau pelanggan pada waktu rehat. masa rehat juga masa terbaik untuk update blog dan ‘buka kedai online’ anda. 

dapatkan bantuan teknologi

macam saya, saya berniaga menggunakan Instagram, Facebook dan juga blog. 3 medium ni adalah ‘kedai’ saya. kalau tak buka kedai, macam mana pelanggan nak datang? tapi macam mana pula kalau tempat kerja kita sekat akses ke semua laman sosial? haa itu adalah antara cabaran yang kita kena hadapi bila bekerja dan berniaga ni. rasanya semua sekarang ni dah guna smartphone kan. baik guna android atau iphone, ada banyak sangat aplikasi yang boleh membantu kita untuk ‘buka kedai’. saya pernah kongsikan dulu antara apps yang boleh post updates bagi pihak kita. kalau nak tengok balik klik entry ni. semua apps ni boleh bantu kita ‘buka kedai’ hehe.

Update ahead of time

bila bekerja, pastinya kita tak ada masa nak mengadap kedai online kita kan. so apa yang saya buat, saya update ahead of time. guna apps yang ada saya terus jadualkan semua post saya. bukan setakat sehari dua, boleh terus buat untuk seminggu..nak buat sebulan pun boleh. larat tak larat je..hehe. ala macam kita scheduled post kita la kan. bila dah siap2 aturkan, dah relaks. sambil buat kerja kat opis, satu persatu sharing kita berkenaan produk akan keluar.

Jangan abaikan keluarga

the last but the most important tips yang saya nak share adalah jangan abaikan family kita walaupun sesibuk mana kita bekerja dan berniaga. rezeki yang datang kepada kita tu juga adalah rezeki kepada ahli keluarga kita. kalau dah ada anak, layan dulu kehendak dia, baru mula buat kerja business. kalau ahli keluarga kita happy, insyaAllah yang lain pun senang menyusul. 

yang paling penting, optimumkan masa yang kita ada. bila kita dah ada jadual dan kita stick kepada jadual yang kita buat tu, insyaAllah semuanya mudah. kalau ada yang masih teragak-agak nak mulakan busines sampingan selain bekerja tetap, saya harap tips saya ni dapat bantu anda semua buat keputusan.
till then, all the best!

Inginkan supplements terbaik untuk keluarga dan sahabat tersayang?
Nak dapatkan side income 3-4 angka sebulan hanya dengan bisnes dari Shaklee?

Jom Hubungi Nana untuk :

♥ FREE CONSULTATION ♥
♥ THE BEST BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE ♥

Masukkan ID Nana sebagai penaja : 913464 jika anda ingin mendaftar keahlian secara ekspress (Express Enrollment) “Join Now” di www.shaklee.com.my

Aina Suraya Aris
Shaklee ID : 913464
ainasuraya.as@gmail.com
012-784 2702 (sms/WhatsApp)
COD Area KAJANG – BANGI – SERDANG – PUTRAJAYA

Nana Aris

Nana Aris

Seorang peguna tegar Shaklee 🙂
Nana Aris

Latest posts by Nana Aris (see all)

bagaimana luangkan masa untuk bisnes walaupun sibuk bekerja

One thought on “bagaimana luangkan masa untuk bisnes walaupun sibuk bekerja

  • August 20, 2016 at 2:08 am
    Permalink

    HAHAHA bebetul2.. pepandai la bahagi masa kerja, rumahtangga dgn bisness kan… semoga suksesss nana ;))

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
scriptsell.neteDataStyle - Best Wordpress Services